Loading...

(Just one moment)

ANUGERAH BINTANG DUA (STAR AWARD TWO)

Kurikulum ini direka khusus untuk menyediakan suatu siri pentauliahan kecekapan, kecemerlangan dan perkembangan kemahiran berkenu selaras dan sistematik di seluruh negara.

Kursus kanu ini direka khusus sebagai persediaan penguasaan kemahiran berkenu di kalangan penggiat kanu dan mewujudkan suasana aktiviti berkanu yang selamat dan menyeronokkan. Penggiat kanu seharusnya menguasai dan berkeupayaan menyampaikan semua aspek kemahiran dalam tunjang ini.

Kurikulum ini memberikan penumpuan utama terhadap aspek penguasaan kemahiran kenu.

para peserta yang ingin mengikuti kursus ini mestilah berumur 10 tahun ke atas dan memilik kecergasan fizikal, mental, dan telah lulus dalam ujian Pendidikan Kanu Anugerah BINTANG SATU.

Peralatan yang disediakan untuk kegunakan setiap peserta ialah kayak perseorangan dengan geladak tertutup, pendayung, jaket keselamatan, dan spraydeck.

Kos kursus boleh diperolehi dengan menghubungi En. Najib Tahir melalui mesej WhatsApp di 0192363013 atau email ke 98kulcsa@gmail.com.

PERINCIAN KURSUS ANUGERAH BINTANG DUA

BAHAGIAN TEORI

1. PERALATAN
1.1. Penerangan anatomi dan fungsi setiap peralatan.
1.1.1 Kayak
1.1.2 PFD
1.1.3 Pendayung
1.1.4 Topi Keselamatan
1.1.5 Spray Deck
1.1.6 Booties
1.1.7 Throw Bag

2. PERATURAN
2.1 Prosedur Operasi Standard (SOP)
2.1.1 Sebelum aktiviti
2.1.2 Semasa aktiviti
2.1.3 Selepas aktiviti

3. MATERIAL PERALATAN
3.1 Pengenalan anatomi, fungsi, prestasi dan kepentingan
3.1.1 Kayak.
• Plastik (polyethylene)
• Low density polyethylene(LDPE)
• High Density polyethylene(HDPE)
• Cross linked polyethylene (CLPE)
• Gentian Kaca
• Kevlar
• Karbon
• Kanvas
• Kayu
3.1.2 Pendayung
• Plastic
• Kayu
• Aloi
• gentian kaca
• karbon
• kevlar
3.1.3 Spray cover
• Neoprene
• Kanvas

4. ASAS MOFOLOGI SUNGAI DAN LAUT
4.1 Eddy
4.2 Stopper
4.3 Strainer
4.4 Cuaca
4.5 Pasang Surut

5. PENYELENGARAAN KAYAK DAN PERALATAN
5.1 Teknik menyimpan
5.2 Jenis-jenis tempat simpanan.
5.3 Pengangkutan kayak.

6. ISYARAT
6.1 Menggunakan pendayung.
6.2 Menggunakan wisel.
6.3 Menggunakan tangan.

BAHAGIAN PRAKTIKAL

7. KEYAKINAN DI AIR
7.1 Teknik memakai PFD dengan betul.
7.2 Mengapungkan diri menggunakan PFD.
7.3 Berenang 25 meter menggunakan PFD.
7.4 Menyelam melepasi kayak yang terapung.
7.5 Latihan terbalik dan membuka spray cover yang terpasang.
7.6 Berenang menunda kayak ke tebing / darat.

8. ULANGKAJI TEKNIK DAYUNGAN ASAS
8.1 Dayungan ke hadapan 50 meter menuju ke sasaran.
8.2 Dayungan mengundur 30 meter menuju ke sasaran.
8.3 Berhenti

9. TEKNIK DAYUNGAN SAPUAN – Di Bahagian Port dan Starboard
9.1 Dayungan sapuan ke hadapan.
9.2 Dayungan sapuan ke belakang.
9.3 Gabungan dayungan sapuan

10. TEKNIK DAYUNGAN SISI (Draw stroke) – Di Bahagian Port dan Starboard
10.1  Dayungan di dalam air.

11. TEKNIK DAYUNGAN KOCAKAN SISI ( SCULLING DRAW ) – Di Bahagian Port dan Starboard
11.1 Pergerakan mata dayung membentuk nombor 8

12. TEKNIK KAWALAN IMBANGAN ( SLAP FOR SUPPORT ) – Di Bahagian Port dan Starboard
12.1 Kawalan imbangan rendah ( low recovery )
12.2 Kawalan imbangan tinggi. (High recovery)

13. TEKNIK KAWALAN IMBANGAN ( BRACING STROKE )
13.1 Sokongan imbangan rendah ( low brace )
13.2 Teknik edging.

14. TEKNIK MENYELAMAT MENGGUNAKAN KAYAK
14.1 Self rescue
14.2 Sideways rescue
14.3 X rescue
14..4 H rescue

15. MENGEMUDI ‘RUDDERING’ – Di Bahagian Port dan Starboard
15.1 bow rudder
15.2 stern rudder

16. TEKNIK MENGELUARKAN AIR DARI KAYAK
16.1 Menggunakan tebing.
16.2 Menggunakan permukaan air.
16.3 Menggunakan bahagian belakang badan

Contoh Sijil Anugerah Bintang Dua seperti di bawah.