Loading...

(Just one moment)

ANUGERAH BINTANG SATU (STAR AWARD ONE)

Kurikulum ini direka khusus untuk menyediakan suatu siri pentauliahan kecekapan, kecemerlangan dan perkembangan kemahiran tertentu yang selaras dan sistematik di seluruh negara.

Kursus ini mempunyai tiga bahagian iaitu teori, praktikal dan ujian. Pada bahagian ujian, ianya terbahagi kepada dua iaitu ujian praktikal berkayak dan ujian bertulis kefahaman sepanjang kursus ini. Kurikulum ini memberi tumpuan utama terhadap pengenalan dan kemahiran berkanu. Ianya direka khusus sebagai persediaan asas kemahiran berkanu di kalangan penggiat kanu dan mewujudkan suasana aktiviti berkanu yang selamat dan menyeronokkan.

Had umur kursus ini ialah 9 tahun. Peserta mestilah memilik kecergasan fizikal, mental, berminat untuk mempelajari kemahiran berkayak.

Kursus Anugerah Bintang Satu ini memerlukan minimum masa selama 16 jam iaitu dua hari. Peralatan yang disediakan oleh persatuan untuk setiap peserta ialah kayak perseorangan dengan geladak tertutup, pendayung dan PFD / jaket keselamatan.

Kos kursus boleh diperolehi dengan menghubungi En. Najib Tahir melalui mesej WhatsApp di 0192363013 atau email ke 98kulcsa@gmail.com.

KANDUNGAN SILIBUS ANUGERAH BINTANG SATU

BAHAGIAN TEORI

1 PENGENALAN
1.1. Struktur MASCA
1.2.Struktur penganugerahan dan kejurulatihan.
1.3.Sejarah kayak/kanu
1.4.Perkembangan kanu di negeri, negara dan dunia.

2. PERATURAN
2.1 Prosedur Operasi Standard (SOP)
2.1.1 Sebelum aktiviti
2.1.2 Semasa aktiviti
2.1.3 Selepas aktiviti

3. PERALATAN
3.1 Pengenalan anatomi, fungsi peralatan dan kepentingan
3.1.1 Kayak.
3.1.2 Pendayung.
3.1.3 Personal Floatation Device (PFD).
3.1.4 Spray cover, topi keselamatan, booties

4. ISYARAT
4.1 Menggunakan pendayung.
4.2 Menggunakan wisel.
4.3 Menggunakan tangan.

5. KOD ETIKA ALAM SEKITAR
5.1 Tatacara melaksanakan aktiviti kayak yang mesra alam dengan penjagaan yang mengambil kira elemen :
5.1.1 Persekitaran.
5.1.2 Manusia.
5.1.3 Peralatan.

BAHAGIAN PRAKTIKAL

6. KEYAKINAN DI AIR
6.1 Teknik memakai PFD dengan betul.
6.2 Mengapungkan diri menggunakan PFD.
6.3 Berenang 25 meter menggunakan PFD.
6..4 Menyelam melepasi kayak yang terapung.

7. TEKNIK MENGANGKAT KAYAK
7.1 Menjinjing (toggle/coaming)
7.2 Kelekan di pinggang.
7.3 Pikulan di bahu.

8. TEKNIK MASUK KE DALAM KAYAK
8.1 Kawasan air separas lutut / cetek.
8.2 Kawasan jeti / tebing.
8.3 Teknik duduk di dalam kayak.

9. TEKNIK KELUAR DARI KAYAK
9.1 Teknik keluar di kawasan air separas lutut / cetek
9.2 Teknik keluar di kawasan jeti / tebing.
9.3 Teknik keluar dari kayak yang terbalik.
9..4 Menunda kayak yang terbalik ke tebing/pantai.

10. MENGELUARKAN AIR DARI KAYAK
10.1 Berpasangan.
10.2 Berseorangan.

11. TEKNIK PEGANGAN PENDAYUNG
11.1 Teknik memilih pendayung yang sesuai.
11.2 Teknik menentukan pendayung kanan / kiri.
11.3 Teknik memegang pendayung.

12. TEKNIK ASAS DAYUNGAN
12.1 Kawalan rotasi mata dayung (feathering).
12.2 Dayungan ke hadapan dan berhenti.
12.3 Dayungan mengundur dan berhenti.

13. TEKNIK DAYUNGAN SAPUAN (SWEEPSTROKES)
13.1 Dayungan sapuan hadapan (forward sweep strokes).
13.2 Dayungan sapuan belakang (backward sweep strokes)
13.3 Gabungan dayungan sapuan (alternate combination 360 degree).

14. TEKNIK DAYUNGAN SISI
14.1 Dayungan sisi (draw strokes) – ”Out of water”

15. KAWALAN IMBANGAN
15.1 Teknik kawalan imbangan (slap for support low recovery).
15.2 Latihan kestabilan imbangan – rocking.
15.3 Berakit (rafting).
15.4 Latihan pertukaran tempat duduk.
15.5 Latihan berjalan di atas kayak (gunnel walk)

Contoh Sijil Anugerah Bintang Satu adalah seperti di bawah: