Loading...

(Just one moment)

2019 CANOE SLALOM THAI OPEN

MAKLUMAT KEJOHANAN:

Nama Kejohanan:  2019 CANOE SLALOM THAI OPEN
Lokasi:  Canoe Slalom Venue, Nakhonnayok, Thailand
Tarikh Kejohanan:  01hb. – 03hb. Mac 2019
Tarikh latihan:  23hb. – 28hb. Februari 2019
Penganjur:  The Rowing and Canoeing Association of Thailand (R.C.A.T.)
Tuan Rumah:  The Rowing and Canoeing Association of Thailand (R.C.A.T.)

Kontigen Atlit Malaysia:-
1.Marina Muzaffa
2. Mohamad Nazrin Najib

Kedua-dua atlit di atas bertanding di kejohanan ini di bawah program Talent Identification Programme (TIP) anjuran International Canoe Federation (ICF)

Pengurus:  En. Muzaffa Mustaffa

MAKLUMAT GELANGGANG

Lokasi: Canoe Slalom Venue, Khundan Prakanchon Dam, Nakhonayok, Thailand.
Tarikh siap dibina:  Tahun 2014
Jumlah Gelanggang: satu gelanggang selari dengan jeram tahap 1 dan 2.
Panjang Gelanggang: 300 meter
Kecerunan: 1 meter
Kedalaman air: di antara 1 meter hingga 2 meter
Lebar gelanggang: di antara 6 meter hingga 15 meter

KEPUTUSAN PESERTA MALAYSIA  DI DALAM KEJOHANAN 2019 CANOE SLALOM THAILAND OPEN: 

 PENCAPAIAN ACARA 2019 CANOE SLALOM THAILAND OPEN:

MOHAMAD NAZRIN NAJIB

Tempat ke 4 di acara K1 Lelaki Kanu Slalom Terbuka dengan masa 96.46 saat.

PERINGKAT ACARAMASAPENALTIJUMLAH MASAKEDUDUKAN
Akhir92.46496.464
Separuh Akhir94.25296.253
Saringan 291.800

91.80
(Masa Terbaik)

2
Saringan 198.9410108.9415

Tempat ke 12 di acara C1 Lelaki Kanu Slalom Terbuka dengan masa 124.18 saat.

PERINGKAT ACARAMASAPENALTIJUMLAH MASAKEDUDUKAN
Akhir12
Separuh Akhir118.186124.1812
Saringan 2113.924

117.92
(Masa Terbaik)

12
Saringan 1121.346127.3413

MARINA MUZAFFA

Tempat ke 3 di acara K1 Wanita Kanu Slalom dengan masa 110.28 saat.

PERINGKAT ACARAMASAPENALTIJUMLAH MASAKEDUDUKAN
Akhir108.282

110.28
(Masa Terbaik)

3
Separuh Akhir110.468118.466
Saringan 2107.836113.836
Saringan 1109.558117.557

Tempat Ke 12 di acara C1 Wanita Kanu Slalom dengan masa 110.28 saat. 

PERINGKAT ACARAMASAPENALTIJUMLAH MASAKEDUDUKAN
Akhir8
Separuh Akhir135.8610145.868
Saringan 2146.534150.5310
Saringan 1139.136

145.13
(Masa Terbaik)

11

SASARAN ATLIT DI KEJOHANAN INI:-

  1. Memperbaiki masa terbaik mereka di gelanggang Nakhon Nayok, Thailand.
  2. Memperbaiki pencapaian pingat di setiap ketegori.
  3. Memperbaiki Teknik kayuhan.
  4. Memperbaiki psikologi latihan dan pertandingan.
  5. Memperbaiki kaedah kayuhan secara keseluruhan di gelanggang.

RUMUSAN SELEPAS KEJOHANAN:-

  1. Atlit telah memperbaiki masa dan pencapaian di gelanggang ini untuk acara K1.

Mohamad Nazrin Najib memperbaiki masa seperti di bawah:-
2019 – Masa 91.80 saat (acara K1 saringan 2)
2018 – Masa 95.95 saat (acara K1 akhir)
2017 – Masa 105.84 saat (acara K1 akhir)
2016 – Masa 107.27 saat (acara K1 akhir)
2015 – Masa 115.00 saat (acara K1 akhir)

Marina Muzaffa memperbaiki masa seperti di bawah:-
2019 – Masa 110.28 saat (acara K1 akhir)
2018 – Masa 111.85 saat (acara K1 akhir)
2017 – Masa 150.19 saat (acara K1 akhir)
2016 – Masa 136.882 saat (acara K1 akhir)

1. Buat pertama kalinya kedua-dua atlit telah mengambil bahagian di dalam acara C1 B18 tahun.  Keputusan adalah seperti berikut:-

1.1. Mohamad Nazrin Najib telah dapat memasuki separuh akhir dan mendapat tempat ke 12 dengan masa 124.18. Walaubagaimanapun masa terbaik beliau adalah di peringkat Saringan 2 dengan masa 117.92 saat.

1.2.  Marina Muzaffa telah dapat memasuki separuh akhir dan mendapat tempat ke 8 dengan masa 145.86. Walaubagaimanapun masa terbaik beliau adalah di peringkat Saringan 1 dengan masa 145.13 saat.

2. Teknik kayuhan atlit juga semakin baik. Atlit dapat mengelakkan dari menyentuh gate atau terlepas dari melalui gate.  Penalti/denda menyentuh gate ialah 2 saat.  Sementara penalti/denda terlepas dari melalui gate is ialah 50 saat.

  1. Membawa kayak sendiri adalah penting untuk keselesaan dan psikologi atlit. Kayak-kayak dan peralatan lain dapat menaiki kapalterbang pergi dan balik tanpa sebarang masalah.
  1. Pencapaian dari segi medal adalah setakat satu gangsa. Ini adalah berkurangan dari tahun lepas kerana tiadanya acara Kejohananan Kanu Slalom Asia Tenggara.  Atlit-atlit berazam akan memperbaiki masa dan kutipan pingat masing-masing di kejohanan ini pada tahun-tahun mendatang.
  1. Keperluan jurulatih bertaraf ICF di mana-mana kejohanan akan memberi kesan mendalam dalam persiapan teknikal dan psokologi atlit-atlit negara. Di kejohanan ini Marina Muzaffa dan Mohamad Nazrin Najib adalah di bawah program “Talent Identification Programme” @ TIP dan mereka mendapat jurulatih yang dapat memperbaiki kemampuan mereka bertanding.
  1. Atlit Mohamad Nazrin Najib mengalami masalah kerosakan pada paddle. Paddle utama, iaitu Galasport Naja Maxi Elite, beliau patah di bahagian ‘leher’.  Manakala paddle simpanan pula, iaitu Galasport Raven MCQ Elite pula  mengalami kerosakan besar dengan bilah paddle terkopak di bahagian antara titanium dengan karbon.  Kedua-dua batag paddle tidak boleh diperbaiki.  Beliau terpaksa meminjam paddle dari kontigen Thailand.  Jurulatih TIP merangkap atlit Thailand telah sudi meminjamkan dan berkongsi paddle Galasport Naja Midi MCQ Elite.  Paddle ini lebih kecil sebanyak 22sqcm dari paddle yang biasa digunakan oleh beliau.

TERIMA KASIH KEPADA:-

  1. International Canoe Federation (ICF)

Jawatankuasa Kanu Slalom ICF

  1. Majlis Sukan Wilayah Persekutuan
  1. Persatuan Kanu Malaysia
  1. Persatuan Kanu Kuala Lumpur
  1. Kepada semua para jurulatih Persatuan Sukan Kenu Kuala Lumpur:-
En. Julianda Amin (Ketua Jurulatih)En. Khirulniza Salleh

En. Nur Haziq Nor Zaman

En. Iswandi Isia
  1. Kepada semua ibu bapa atlit yang turut membiayai perbelanjaan atlit dan pengurus.

GALERI 2019 CANOE SLALOM THAI OPEN