Loading...

(Just one moment)

KAYAK MEMANCING

Kayak memancing dikatakan dimulakan oleh orang Artik yang mana mereka menggunakan kayak untuk memburu di tasik, sungai atau pesisir pantai.  Kayak yang mereka gunakan adalah diperbuat dari kulit haiwan dengan kerangka kayu.

Di Malaysia, kayak memancing ini mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1990an.  Pada awal dekad 2000, kayak khusus untuk memancing telah direka oleh pengusaha kayak.  Walaubagaimanapun, hanya dua tahun kebelakangan ini, sukan kayak memancing menjadi terkenal di negara ini.

Di zaman moden sekarang, kayak memancing kebanyakkannya diperbuat daripada plastik polyethylene.  Kayak memancing yang banyak digunakan pada masa kini ialah kayak sit-on-top (SOT).  Terdapat pelbagai jenis kayak SOT ini .  Apa yang nyata ialah cara mengerakkan kayak berkenaan terdapat dalam pelbagai kaedah.  Kaedah pertama ialah dengan menggunakan pendayung @ paddle (tangan).  Kaedah kedua ialah dengan menggunakan pengayuh @ “pedal” (kaki).  Terdapat juga kayak memancing yang boleh dimuatkan atau dipasang enjin sangkut menggunakan bateri yang dipanggil “thruster”.

Kayak memancing Mission Kayak Catch 390
Kayak memancing Jackson Kayak Skipper dengan "stadium seat" dengan pengayuh tangan.
Kayak Memancing WIlderness System Recon dengan pengayuh kaki (pedal system)
Kayak Memancing Jackson Kayak Coosa FD (Flexdrive) pengayuh kaki (Felxdrive Pedal System)
Kayak Memancing Hobie Cat Mirage Pro Angler dengan pangayuh kaki.