Loading...

(Just one moment)

KUALA LUMPUR CANOE INTERNATIONAL CHAMPIONSHIPS 2022 (KLCIC 2022)

Kuala Lumpur Canoe International Championships 2022 (KLCIC 2022) dijadualkan akan berlangsung pada 15hb. – 18hb. Disember 2022.  Edisi ini adalah kali yang ke-lapan dalam sejarah KLCIC.  Lokasi kali ini adalah di Taman Tasik Titiwangsa, iaitu kembali ke lokasi asal setelah edisi ke-enam dan ke-tujuh di Taman Tasik Metropolitan.

Tasik Titiwangsa yang kini berwajah baru akan menjadi perhatian para peserta yang akan menyertai kejohanan ini.

Sebagaimana biasa, acara kanu polo adalah acara utama kejohanan ini.  Kategori yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:-

  1. Kanu Polo Terbuka Lelaki
  2. Kanu Polo Terbuka Wanita
  3. Kanu Polo Remaja Lelaki (Bawah 21 tahun)
  4. Kanu polo Remaja Wanita (Bawah 21 tahun)

TARIKH: 15hb. – 18hb. DISEMBER 2022

Beberapa acara sampingan akan dilaksanakan seperti Stand Up Paddleboarding (SUP) dan Playboating.

Bulletin kejohanan akan diterbitkan tidak lama lagi.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui email 98kulcsa@gmail.com