Loading...

(Just one moment)

KUALA LUMPUR CANOE INVITATION CHAMPIONSHIPS 2013 (KLCIC 2013)

Setelah Regatta Kuala Lumpur (R’KUL) menyepi diri selama satu dekad, acara ini kembali dengan nama Kuala Lumpur Canoe Invitation Championships 2013 (KLCIC 2013). Acara ini telah mengekalkan logo utama dan mengemaskini tulisan yang lain. Penyertaan kali ini melibatkan penyertaan atlet antarabangsa. Antaranya ialah dari Taiwan, Iran dan Singapura.

Sebagaimana Regatta Kuala Lumpur, acara ini mendapat penajaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai penaja utama.

Acara utama di dalam kejohanan ini ialah kanu polo dan diikuti oleh kanu slalom. Acara kanu slalom kali ini ialah dalam bentuk YOG, iaitu satu format kanu slalom di dalam Youth Olympic Games oleh International Olympic Committee (IOC).

English English Bahasa Melayu Bahasa Melayu