Loading...

(Just one moment)

REGATTA KUALA LUMPUR 2001 (R'KUL 2001)

Regatta Kuala Lumpur kembali lagi setelah tidak beraksi sejak tahun 1993 oleh kerana pelbagai faktor. Regatta yang dulunya dikenali sebagai Regatta Dayung Kuala Lumpur (RDKL) telah dapat menarik penyertaan dari pelbagai negeri. Negeri-negeri berkenaan ialah seperti beriku:-
1. Kuala Lumpur
2. Pulau Pinang
3. Perlis
4. Terengganu
5. Johor
6. Jeram Besu (Pahang)

Tidak seperti ragatta edisi terdahulu yang menjadikan acara kanu sprint sebagai acara utama, R’KUL 2001 menjadikan kanu polo sebagai acara utama. Diikuti dengan acara kanu slalom dan kemudiannya playboating, dahulu dikenali sebagai rodeo.

Keputusan kanu polo adalah seperti berikut:
Johan: Perlis
Naib Johan: Pulau Pinang
Tempat Ketiga: Johor

Sementara acara kanu slalom telah dimenangi oleh peserta berikut:-
Johan: Dr. Jaffri Zakaria (Perlis)
Naib Johan: En. Fajan Satta (Johor)
Tempat Ketiga: En. Mohd Yusri Ahmad (Perlis)

Acara “Canoe Freestyle” (Flatwater Pool Rodeo) pula dimenangi oleh peserta berikut:-
Johan: En. Azizul Haq BIn ABdul rashid (Kuala LUmpur)
Naib Johan: En. Nazrul Ihzam Rahmat (Kuala Lumpur)
Tempat Ketiga: En. Shahrul Nizam Rahmat (Kuala Lumpur)

Acara ini telah diadili oleh Mr. Carl Traeholt dari Traks Outdoor

Mr. Carl Traeholt sedang membuat demonstrasi “Canoe Freestyle”.

Mr. Carl Traeholt bersama rakannya sedang mengadili acara “Canoe Freestyyle”.

Keratan akhbar dari The Star adalah seperti di bawah.