Loading...

(Just one moment)

CANOE FREESTYLE

Pada tahun 2001, Regatta Kuala Lumpur (R’KUL 2001) telah dianjurkan di Taman Tasik Titiwangsa.  Persatuan Sukan Kenu Kuala Lumpur telah menyenaraikan acara kayak “Pool Rodeo/Playboating” antara salah satu acara regatta berkenaan.  Pertandingan acara baru yang dilaksanakan air tenang ini telah mendapat ramai penyertaan dari pelbagai negeri.  Pertandingan berkenaan telah diadili oleh Carl Traeholt.  Acara ini telah dimenangi oleh Azizul Haq Abdul Rashid.

Malaysia buat pertama kalinya telah menyertai acara ICF Canoe Freestyle World Championships 2013 di Nantahala Gorge, North Carolina, USA.  Peserta berkenaan ialah En. Mohd Shamsul Bin Mokti dari Sabah.

Mohd Shamsul Mokti sedang membuat pergerakan kanu gaya bebas di ICF Canoe Freestyle World Championships 2013 di Nantahala Gorges, USA

Di peringkat antarabangsa, sukan kanu playboating atau freestyle (gayabebas) ini telah dipelopori oleh Walt Blackader. Pada tahun 1968, dia membangunkankan tekniknya sendiri untuk memasuki jeram dengan kaedah mengiring dan ke belakang.  Dia dan rakan-rakannya akan terus membuat kayak gentian kaca yang lebih hebat di jeram. Ketika sukan lasak seperti papan luncur dan papan luncur salji mulai meningkat popularitinya pada tahun 1980-an, begitu juga sukan rekreasi kanu gaya bebas. Sukan ini menjadi satu corak pertandingan pada tahun 1990-an. ICF  telah mengiktiraf acara kanu gayabebas pada tahun 2006 sebagai salah satu disiplin rasmi.

Kejuaraan dunia kanu gaya bebas pertama oleh ICF diadakan pada tahun 2007 di Sungai Ottawa di Kanada, dan siri piala dunia pertama bermula pada tahun berikutnya. Acara ini dilaksanakan dua tahun sekali pada tahun-tahun gantian.

Keluarga Jackson adalah tokoh terkemuka dalam acara kanu gaya bebas. Eric Jackson adalah juara dunia dalam bidang disiplin kanu gauabebas ini dan beliau adalah atlet kanu olimpik kanu slalom pasukan Amerika Syarikat.  Jackson Kayaks telah dihasilkan oleh keluarga Jackson dengan pada mulanya bertumpu pada kayak gayabebas. Anak-anaknya Dane dan Emily memenangi tiga daripada enam acara di kejuaraan dunia pada tahun 2015 di Sungai Ottawa.

Pada tahun 2019 Dane Jackson memenangi gelaran dunia buat kali ketiganya, di Sort, Sepanyol. Ia adalah tempat yang sama di mana ayahnya yang terkenal memenangi gelaran pada tahun 2001. Amerika Syarikat memenangi lima daripada lapan gelaran yang ditawarkan, dengan Perancis, Jepun dan Britain berkongsi tiga gelaran lain.

Acara kanu freestyle ialah K1, C1 dan Open Canoe (OC1) dan squirt.  Ianya dilaksankan di satu jeram yang berkeupayaan untuk melakukan pelbagai pergerakan gaya bebas yang menarik.  Setiap pergerakan telah diberi nama dan memunyai pelbagai jenis kiraan mata.  Setiap atylit diberi masa selama 45 saat untuk melakukan pergerakan masing-masing.

Acara kanu freestyle ini telah ada dipertandingkan di negara ini tetapi di air tenang dan dinamakan ‘Pool Freestyle” atau “Flatwater Freestyle’.  Acara ini lebih mencabar dan menarik bila dipertandingkan di lokasi berjeram.

TAHUN 2013
2013 ICF Canoe Frestyle World Championships 

TAHUN 2003
Regatta Kuala Lumpur 2003 (R’KUL 2003)

TAHUN 2002
Regatta Kuala Lumpur 2002 (R’KUL 2002)

TAHUN 2001
Regatta Kuala Lumpur 2001 (R’KUL 2001)