PERSATUAN KANU KUALA LUMPUR adalah sebuah entiti persatuan yang membangunkan dan mengembangkan sukan kanu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Persatuan yang pada mulanya diasaskan pada tahun 1989, kini teleh berkembang maju terutamanya di dalam bidang kanu berprestasi tinggi. Acara kanu sprint, kanu polo dan kanu slalom menjadi keutamaan persatuan ini.

Walaubagaimanapun, kami juga tidak lupa kepada pendidikan asas berkanu. Tanpa pendidikan asas ini, maka tiadalah sukan berprestasi tinggi. Kelas atau kursus yang kami anjurkan adalah berasaskan kanu dan stand up paddling (SUP) yang di iktiraf oleh Persatuan Kanu Malaysia (MASCA). Pemgkhususan kursus iaitu bagi kanu ialah pendidikan asas berkanu, Star Award 1 dan Star Award 2: sementara bagi SUP juga ada dilaksanakan oleh persatuan kami.

Pembangunan sukan kanu perlulah dimulakan dari peringkat kanak-kanak. Ini akan membiasakan tokoh cilik berkenaan menguasai sukan berkanu dan mensebatikan diri dengan sukan kanu. Ini akan menjadikan berkanu sebagai sukan darah daging. Potensi mereka perlu disemai dan dituai dari zaman kanak.


Atlet persatuan juga telah dipilih mewakili negara di dalam pelbagai kejohanan antarabangsa. Antaranya ialah Kelayakan Kanu Slalom Sukan Olimpik, Sukan Asia, Sukan SEA, Canoe Polo World Championships, Canoe Slalom World Championships, Canoe Polo Asian Championships, Canoe Polo Asian Cup, Canoe Slalom Asian Championships, Canoe Slalom SEA Championships. Mereka telah memenangi pelbagai pingat perak dan gangsa.


