Loading...

(Just one moment)

Sukan kanu telah lama bertapak di Malaysia. Sukan ini terbahagia kepada tiga kumpulan utama.

Yang pertama ialah sukan berprestasi tinggi iaitu Kanu Sprint dan Kanu Slalom. Sukan kanu berprestasi tinggi ini adalah sukan yang dipertadinghkan di peringkat Olimpik.

Yang kedua ialah sukan kanu yang bukan berprestasi tinggi iaitu kanu polo, perahu panjang (dragon boat), wild water racing, kanu maratoh, “playboating”, “squirting” dan stand up paddlesport (SUP).

Yang ketiga ialah suka kanu rekreasi termasuk kanu arus deras, ekspedisi dan kayak memancing. Kayak memancing adalah kegilaan pada masa ini terutama dari para pemancing tegar yang mahu mencari pengalaman bari di dunia memancing.

Sukan kanu di Malaysia pada dasarnya ditadbir oleh Persatuan Kanu Malaysia (MASCA)

BERMULANYA SEJARAH KANU

Di mana sahaja terdapat air, disutulah adanya kapal atau bot asli. Sebilangan besarnya adalah dalam bentuk sampan atau kanu. Primitif namun dibina dengan elegan, panjangnya dari 3 meter hingga lebih dari 30 meter, Disepanjang sejarah, kanu telah dibina dari kayu balak, kulit binatang dan kulit pohon dan digunakan untuk pengangkutan, perdagangan, dan didalam beberapa keadaan telah digunakan untuk berperang.

Reka bentuk sampan atau kanu yang asal adalah berbeza-beza, bergantung pada penggunaannya dan di mana ia dibina; ia bervariasi antara sampan kulit kayu terbuka sehingga batang pokok yang ditebuk seperti sampan perang 130 kaki. Sebaliknya, kayak dibina untuk memastikan air Kutub Utara yang sejuk tidak memasukinya. Ianya dibuat dengan meregangkan kulit binatang di atas bingkai kayu dan umumnya hanya dapat membawa satu orang pada satu masa.

Kayak mungkin berasal dari Greenland, di mana ia digunakan oleh orang Eskimo sementara Canoe digunakan di seluruh dunia. Kata Kayak (ki ak), yang bermaksud “man-boat” didalam Bahasa Eskimo, banyak ditemui di bahagian utara dunia, Amerika Utara, Siberia dan Greenland. Ianya sesuai untuk pengangkutan individu dan digunakan terutamanya untuk memburu dan memancing. Sebaliknya, kanu digunakan pada skala yang lebih luas. Dari suku asli Amerika hingga orang Polinesia, kanu dimanfaatkan untuk pelbagai skala dan kegunaan, terutamanya pengangkutan, perdagangan dan peperangan. Secara fizikal perbezaan antara dua kapal adalah bahawa kayak adalah berbentuk tertutup dengan kokpit untuk duduk dengan kaki melunjur. Atlet mendayung dari posisi duduk dengan pendayung dua bilah . Kano mempunyai geladak terbuka yang didayung dengan posisi melutut dengan pendayung sebilah.

BERMULANYA INTERNATIONAL CANOE FEDERATION (ICF)

Pada 19 Januari 1924, Internationale Repräsentantenschaft Kanusport (IRK) telah dibentuk di Copenhagen, Denmark, dan kemudiannya menjadi ICF pada tahun 1946. Tujuan organisasi ini boleh ditakrifkan sebagai berikut:

  1. Untuk membentuk hubungan antara Persatuan Berkanu dari pelbagai negara.
  2. Seboleh-bolehnya, untuk menganjurkan pertandingan antarabangsa dalam mendayung dan berlayar, setahun sekali, dan silih berganti oleh berbagai negara.
  3. Untuk mempromosikan dan mendorong pelancongan asing melalui pengeluaran panduan sungai yang sesuai, dan melalui penyediaan maklumat mengenai tempat tinggal dan tempat menarik.
  4. Untuk memperkenalkan simbol yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk sungai, di peta untuk memudahkan lawatan.
  5. Untuk bertukar maklumat dengan menyediakan pelbagai penerbitan nasional mengenai aktiviti berkanu melalui penyediaan kuliah dan pembicara, filem dan gambar, serta melalui surat-menyurat.

Keutamaan di dalam penibihan organisasi ini adalah untuk menggunakan budaya berkahu untuk menyatukan masyarakat berkanu di dunia ini dengan berkongsi pengalaman masing-masing. Ini membantu menjelaskan pengembangan yang luar biasa dari Persekutuan Kanu Antarabangsa (ICF) ke lebih dari 150 negara dalam jangka masa 85 tahun.

Nota: Artikel di atas adalah dari laman sesawang Persekutuan Kanu Antarabangsa (ICF). Artikel asal adalah di dalam Bahasa Inggeris dan dialihbahasa dan disesuaikan ke Bahasa Melayu.
https://www.canoeicf.com/history