Loading...

(Just one moment)

KANU POLO

Kanu Polo adalah salah satu cabang disiplin di dalan sukan kanu. Sukan ini telah diperkenalkan dan dimajukan di PUlau Pinang pada sekitar tahun. Pada tahun 1985, Malaysia telah menyertai Kejohanan Kanu Polo Asia Pertama (First Asian Canoe Polo Championships) di Kobe, Jepun dan seterusnya meraih pingat gangsa. Selepas itu, perkembangan sukan ini agak kabur kerana tiada rekod bertulis mengenai aktivitinya sehinggalah bulan Mei 1996, yang mana Persatuan Kanu Malaysia (MSACA) telah menganjurkan kursus asas kanu polo di Kenyir Outdoor Leadership Academy (KOLA) di Tasik Kenyir, Terengganu. Berikutan sambutan yang menggalakkan,MASCA telah menjemput En. Mohamad Assyidiq dari Persatuan Olahraga Dayung Seluruh Indonesia (PODSI) untuk melatih bakal jurulatih kanu polo di dalah Kursus Kanu Polo Kebangsaan di Kangar, Perlis pada bulan November 1996. Semenjak itu, sukan kanu polo manjadi semakin terkenal di kalangan penggemar sukan kanu di Malaysia.

KLCIC 2019

Pada tahun 1997, satu kejohanan kanu polo Piala Datuk Shahidan Kassim dilangsungkan di Kangar Perlis. Selepas itu, kejohanan-kejohanan lain seperti Kejohanan Kanu Polo Kebangsaan, Regatta Kenyir, Karnival Kanu Putrajaya, Pesta Air Kebangsaan, Regatta Kuala Lumpur, Regatta Kayak UPSI dan Kuala Lumpur Canoe International Championship (KLCIC) telah menjadikan kanu polo sebagai salah satu elemen di dalam kejohanan-kejohanan berkenaan.

Lokasi latihan kami ialah di Tasik A, Taman Tasik Titiwangsa.

PASUKAN KANU POLO KLCA ialah seperti berikut:-

1. Kuala Lumpur Kanu Polo Senior Lelaki
2. Kuala Lumpur Kanu Polo Senior Wanita
3. Kuala Lumpur Kanu Polo Bawah 21 Tahun Lelaki
4. Kuala Lumpur Kanu Polo Bawah 21 Tahun Wanita

Disiplin kanu polo memerlukan peralatan dan gelanggang khas, serta peraturan-peratuaran khas.  Kesemua elamen berkenaan perlulah mengikut spesifikasi Persekutuan Kanu Antarabangsa (International Canoe Federation (ICF)).

  1. Peralatan Kanu Polo Mengikut Spesifikasi ICF
  2. Gelanggan Kanu Polo Mengikut Spesifikasi ICF
  3. Peraturan Kanu Polo ICF

Berikut adalah kejohanan kanu polo yang telah dilaksanakan:

TAHUN 2019
2019 KLCIC, Kuala Lumpur, Malaysia
2019 Regatta Kayak UPSI, Tanjung Malim, Perak
2019 Canoe Polo Asian Cup, Deqing, China

TAHUN 2018
2018 KLCIC, Kuala Lumpur, Malaysia
2018 ICF Canoe Polo World Championships, Kanada

TAHUN 2017
2017 KLCIC, Kuala Lumpur, Malaysia
2017 Asian Canoe Polo Championships, Malaysia

TAHUN 2016
2016 KLCIC, Kuala Lumpur, Malaysia

TAHUN 2015
2015 KLCIC, Kuala Lumpur, Malaysia

TAHUN 2014
2014 KLCIC, Kuala Lumpur, Malaysia

TAHUN 2013
2013 KLCIC, Kuala Lumpur, Malaysia

TAHUN 2012

TAHUN 2011

TAHUN 2010

TAHUN 2009

TAHUN 2008

TAHUN 2007

TAHUN 2006

TAHUN 2005
2005 Asian Canoe Polo Championships, Malaysia

TAHUN 2004

TAHUN 2003
2003 Regatta Kuala Lumpur (R’KUL), Kuala Lumpur, Malaysia

TAHUN 2002
2002 Regatta Kuala Lumpur (R’KUL), Kuala Lumpur, Malaysia

TAHUN 2001
2001 Regatta Kuala Lumpur (R’KUL), Kuala Lumpur, Malaysia

TAHUN 2000

TAHUN 1999

TAHUN 1998

TAHUN 1997

TAHUN 1996

TAHUN 1985
1985 First Asian Canoe Polo Championships

English English Bahasa Melayu Bahasa Melayu