Loading...

(Just one moment)

WILDWATER CANOEING (RACING)

Nazrin di La Seu d'Urgell, Barcelona, Sepanyol

Sukan kanu “wildwater racing” adalah acara kiraan masa yang terdiri daripada dua bentuk perlumbaan, klasik dan pecut (sprint). Ketika sukan ini dimulakan hanya format jarak jauh (sekarang dikenali sebagai klasik) yang digunakan sehingga versi pecut yang lebih pendek juga kemudian diperkenalkan. Laluan pertandingan arus deras kebiasaannya dilaksanakan di laluan berjeram kelas dua hingga kelas empat, dengan laluan klasik yang bervariasi dari tiga hingga enam batu (10 hingga 60 minit) dan kursus pecut antara 200 hingga 600 meter (satu minit). Sebahagian atlet mengkhususkan dalam salah satu format, tetapi majoriti bersaing di kedua-dua format.

Sukan kanu arus deras dipertandingkan oleh dua jenis kanu, kanu (C) dan kayak (K). Lelaki dan wanita bersaing dalam perseorangan di kedua kanu (C1, C1W) dan kayak (K1, K1W), dan juga beregu/berpasangan di kanu (C2, C2W) dengan acara individu dan pasukan diadakan. Pasukan terdiri daripada tiga pesaing dalam kelas yang sama. Kanu dan kayak arus deras ini lebih panjang dan sempit dengan hull bulat, yang menjadikannya cepat tetapi juga tidak stabil dan sukar dikemudi. Pendayung perli mengiringkan kayak dan banyak menggunakan teknik dayungan sapuan untuk mengemudi kanu mereka. Pertandingan sukan kanu arus deras (wild water racing) ini ditadbir oleh Persekutuan Kanu Antarabangsa (ICF).

Pertandingan Wild Water Racing yang telah disertai oleh atlet Malaysia adalah seperti berikut:

TAHUN 2019
2019 ICF Wild Water Sprint Racing World Championships

TAHUN 2017
2017 ICF Wild Water Sprint Racing World Championships

English English Bahasa Melayu Bahasa Melayu