Loading...

(Just one moment)

ACARA KANU DI SUKAN MALAYSIA (SUKMA)

Nurfitrah Izyani, tengah - berpakain putih, adalah pemenang pingat emas pertama di dalam acara kanu untuk kontigen Kuala Lumpur / Wilayah Persekutuan di sepanjang temsya Sukan Malaysia. Ianya dicapai di SUKMA ke XII Tahun 2008 di Terengganu.

Acara kanu di Sukan Malaysia (SUKMA) telah dipertandingkan buat pertama kalinya di Sukan Malaysia 1992 (SUKMA 1992) di Johor. Acara yang dipertandingkan ialah acara kanu sprint TK1 dan TK2 dengan jarak 1,000 meter dan 500 meter.

Pada tahun 1994, SUKMA di negeri Perak Darul Ridzuan telah meningkatkan taraf acara kanu sprint ini dengan menggunakan kayak K 1 dan K2 sprint.

Pada tahun 2008 di SUKMA Terengganu, acara kanu sprint dengan kayak K4 dan acara kanu sprint 200 meter telah didaftarkan untuk dipertandingkan. Acara-acara berkenaan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

SUKMA 2020 telah dijadualkan untuk dilangsungkan di negeri Johor dengan menambah acara kanu polo dan kanu slalom untuk reputan pingat. Walaubagaimanapun, kejohanan tersebut telah dibatalkan sepenuhnya disebabkan pandemik Covid-19 yang telah menyerang seluruh dunia. Negeri Johor telah menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah SUKMA 2022 sebagai ganti kepada SUKMA 2020.

English English Bahasa Melayu Bahasa Melayu