PERSATUAN KANU KUALA LUMPUR
Persatuan Kanu Kuala Lumpur (PKKL @ KLCA) telah ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan pada tahun 1989. Walaubagaimanapun, persatuan ini telah didaftarkan semula dengan nama Persatuan Sukan Kenu Kuala Lumpur (PSKKL @ KLCS) di Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 24hb. Disember 1998 dengan nombor pendaftaran 1646. Persatuan ini kemudiannya berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan di bawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 pada 17hb. Oktober 2001 dengan nombor pendaftaran 0964/2001. Pada tahun 2018, nama persatuan ini telah ditukar kepada nama asal iaitu “Persatuan Kanu Kuala Lumpur” (PKKL @ KLCA) selaras dengan nasihat Pesuruhjaya Sukan.
Matlamat penubuhan persatuan ini adalah untuk membangunkan sukan kanu di Kuala Lumpur khasnya dan Malaysia amnya.
Persatuan Kanu Kuala Lumpur adalah di bawah naungan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) dan juga Jabatan Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. (JBSWPKL)
Persatuan Kanu Kuala Lumpur adalah ahli gabungan kepada Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), yang mana ianya merupakan satu persatuan induk kepada persatuan-persatuan kanu negeri-negeri di Malaysia.
Lokasi latihan kami adalah di Taman Tasik Titiwangsa. Kami mempunyai pelbagai kemudahan dan peralatan latihan untuk aktiviti kami.